Monday, March 15, 2010

Mata pena yang dikatakan lebih tajam dari pedang....Ahlan Wa Sahlan

Assalamualaikum,

Terbuka juga hati untuk menulis...semuanya kerana seorang kawan yang menjadi blogger sambilan. Katanya idea yang ada patut dikongsi...tak pasti pula siapa gerangan yang nak mendengar...dan tak pasti juga bahan yang diperdengar itu sampai atau tidak kepada kualiti yang sewajarnya. Tak mengapalah, yang tu semuanya nombor tiga. Yang penting, kita cuba untuk menyampaikan, dan teguran terhadap penyampaian kita tu jika ada, jadikan ia sebagai pedoman. Kalau kritikan tak berasas tu...biasalah. selalu je akan ada anjing menyalak bukit.

Kembali kepada kisah ajakan sahabat blogger sambilan tersebut (nama rahsia dulu), teringat saya kepada sabda Nabi s.a.w., "mukmin dengan mukmin (yg lain) umpama bangunan (yg saling memperteguhkan)"...sedar tak sedar, perkataan yang baik pasti akan mendorong seseorang untuk melakukan sesuatu yang baik juga. Sokongan dan dorongan sebegini perlu dalam apa jua bidang yang makruf. inilah menjadikan jaringan antara kita menjadi kukuh. dan ini semua dijamin tidak sia-sia. Orang yang menunjuk kepada kebaikan, pahalanya tidak kurang daripada ganjaran yang diberikan kepada pelakunya. ini jaminan Nabi s.a.w. jangan berkira sangat untuk memacu orang lain kearah kejayaan...

Justeru, sentiasalah kita berkata dengan kata-kata yang baik, memberi dorongan kepada sahabat handai untuk berbuat baik dan melarang daripada kemungkaran. kita tidak tahu, mungkin daripada situ, pahala percuma melimpah-limpah kepada kita....jika tidak mampu juga, baik diam sahaja.....toksah mengarut dan jadi tukang karut! banyak koje lain yang lebih berfaedah :)

terima kasih sahabat

1 comment:

  1. blog yg ditunggu-tunggu.. akhirnya muncul. Ternyata hebat! TAHNIAH

    ReplyDelete