Wednesday, March 17, 2010

Peduli hapa

Assalamualaikum/Salam Sejahtera,

Manusia ialah makhluk yang bersosial. Ilmu mantik pula membicarakan mengenai sifat manusia yang merupakan "haiwan yang berfikir". Jika diperhatikan alam di sekeliling, haiwan juga bersosial, malah ada juga wujud hierarki. Koloni semut misalnya, ada permaisuri, ada semut tentera, dan semut pekerja. Lebah pun begitu, ada yang bertugas membuat tinjauan, ada pula pasukan penyerang.

Binatang bersosial mengikut caranya. Masih lagi memegang contoh semut....menakjubkan, patutlah disebut dalam alQuran, malah menjadi tajuk surah. Semut juga bersosial. Perhatikan sahaja ketika mereka berjalan (berlari? bergerak?)...bila mana mereka bertemu sesama sendiri, mereka seperti bersentuhan antara satu sama lain. mungkin ini satu cara komunikasi mereka....dan ini menunjukkan mereka mempunyai hubungan antara satu sama lain.

Bagaimanapun, haiwan hidup, bersosial dan menguruskan kehidupan hanya berdasarkan fitrah mereka yang dikurniakan Allah. Kambing akan rumput, tak perlulah kita mengajarnya untuk makan rumput. Lain pula dengan manusia. Fitrah tetap ada....dan ditambah kemampuan untuk berfikir. Sebab itu ular tidak membina kereta, tetapi manusia pandai merekabentuk kereta, padahal fitrah kedua-dua makhluk adalah sama, iaitu ingin bergerak. Nampak sangat pentingnya akal fikiran.

Bagaimana pula jika akal fikiran tak digunakan sebaiknya?

jom tengok beberapa contoh...kita mulakan yang jelas-jelas dulu.

Ada ibu tergamak membunuh anak yang baru lahir (tapi ibu singa nampak rilek je susukan anaknya, siap jilat-jilat lagi, tanda sayang).

Ada anak sanggup membunuh mak ayahnya yang bersengkang mata menjaganya sedari kecil (ha, yang ni boleh challenge bapak singa dan bapak arnab, sanggup bunuh anak-anak spesis sendiri)

Ada orang sanggup pecah rumah orang sebab nak puaskan ketagihan dadah.

Orang Tartar dulu masa menakluk Baghdad, sanggup buang buku-buku dan karya ilmiah ke dalam sungai (tak ingat, sungai Tigris atau Euprates?) sampai hitam air sungai tersebut

....banyak lagi contoh jelas di sekitar kita.

Bila tak guna akal, semuanya jadi rosak.

Meh tengok pula contoh kecil-kecil yang boleh diperhatikan di sekitar anda.

Pernah isi minyak petrol di stesen minyak? hairan sungguh bila sesetengah individu "segan" nak tutup enjin kenderaan semasa mengisi petrol. Amaran tentang bahaya jelas terpampang. "Segan" nak biar penumpang panas dalam kenderaan sekejap? kalau penumpang hangus terbakar, "segan" tak kalau masuk akhbar? kenapa ye?

Pernah naik komuter/bas/pengangkutan awam? Hairan sungguh bila tengok sesetengah individu suka pasang lagu kuat-kuat. Makcik kat sebelah dia pun ada handphone canggih, tapi rilek je. nak kata lagu sedap, tak juga. nak kata lagu yang boleh beri pahala, jauh sekali...agak-agak orang sebelah tu nak dengar ke lagu awak? kenapa ye?

Pernah parking kete kat tempat awam? pernah tengok orang parking sesuka hati? mm, malas nak ulas...perhatikan sendiri. kenapa ye? sebab dah panjang sangat :)

pendek kata, kalau pakai akal yang sihat, perhatikan sahaja sekeliling kita. kita akan belajar banyak perkara. Nabi Isa pernah diriwayatkan berkata tatkala ditanya siapakah yang mengajar beliau adab, "Tidak ada seorang juga pun yang mengajarkan adab kepadaku tetapi apabila aku perhatikan kejahilan (maksudnya tidak beradabnya) orang yang jahil, timbullah dalam diriku perasaan mahu menjauhkan diri daripadanya". Imam Ghazali membenarkan kata-kata ini dan menulis dalam kitabnya Bidayatul Hidayah, "Jikalau orang ramai menjauhkan diri daripada membuat apa-apa yang mereka benci orang lain membuatnya terhadap diri mereka, nescaya sempurna sekelian adab dan masyarakat tidak perlu lagi kepada orang yang mengajarkan adab kepada mereka"(rujuk Bidayatul Hidayah, terjemahan Ust Ahmad Fahmi Zamzam).

Jangan tak peduli! fikir-fikirkan.

Monday, March 15, 2010

Mata pena yang dikatakan lebih tajam dari pedang....Ahlan Wa Sahlan

Assalamualaikum,

Terbuka juga hati untuk menulis...semuanya kerana seorang kawan yang menjadi blogger sambilan. Katanya idea yang ada patut dikongsi...tak pasti pula siapa gerangan yang nak mendengar...dan tak pasti juga bahan yang diperdengar itu sampai atau tidak kepada kualiti yang sewajarnya. Tak mengapalah, yang tu semuanya nombor tiga. Yang penting, kita cuba untuk menyampaikan, dan teguran terhadap penyampaian kita tu jika ada, jadikan ia sebagai pedoman. Kalau kritikan tak berasas tu...biasalah. selalu je akan ada anjing menyalak bukit.

Kembali kepada kisah ajakan sahabat blogger sambilan tersebut (nama rahsia dulu), teringat saya kepada sabda Nabi s.a.w., "mukmin dengan mukmin (yg lain) umpama bangunan (yg saling memperteguhkan)"...sedar tak sedar, perkataan yang baik pasti akan mendorong seseorang untuk melakukan sesuatu yang baik juga. Sokongan dan dorongan sebegini perlu dalam apa jua bidang yang makruf. inilah menjadikan jaringan antara kita menjadi kukuh. dan ini semua dijamin tidak sia-sia. Orang yang menunjuk kepada kebaikan, pahalanya tidak kurang daripada ganjaran yang diberikan kepada pelakunya. ini jaminan Nabi s.a.w. jangan berkira sangat untuk memacu orang lain kearah kejayaan...

Justeru, sentiasalah kita berkata dengan kata-kata yang baik, memberi dorongan kepada sahabat handai untuk berbuat baik dan melarang daripada kemungkaran. kita tidak tahu, mungkin daripada situ, pahala percuma melimpah-limpah kepada kita....jika tidak mampu juga, baik diam sahaja.....toksah mengarut dan jadi tukang karut! banyak koje lain yang lebih berfaedah :)

terima kasih sahabat